' Qalamun: "PUITIS ISTERI KU”

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Rabu, 5 Oktober 2011

"PUITIS ISTERI KU”

Kedengaran bergema alunan nada “violin” dari corong pembesar suara komputer riba ku, measyikkan bertambah berterbangan emosi ku, lintasan sepasang burung kilicap berterbangan di tatap kaca mata ku membuatkan diri ku terus dilambung kerinduan yang kegersangan pada si dia...tercuit hati ku di kala mengenangkan gelagat-gelagatnya, merajuknya, marahnya, kenakalannya, semuanya membuatkan aku terhibur , sesekali terukir sejambak senyuman senis dari bibirnya yang halus tak kala segala protes yang dilakukanya tidak menarik minat ku untuk menunjukkan sebarang reaksi, hmmm segaja ak menunjukkannya begitu untuk menambahkan lagi geramnya pada ku, ternyatalah di situ timbul kemesraan aku dan dia, mungkin ini yang di maksudkan “semanis kurma”.. Mengimbau kembali kenangan aku dan dia satu ketika dahulu, menguatkan lagi kasih ku padanya, ku menyelak kembali helaian-helaian lama memori aku bersama dia, ku tatapi semula lakaran percintaan aku dan dia, rupanya hampir lima tahun usia perkenalan kami, Alhamdulilah dalam tempoh perkenalan itu batasan pergaulan kami masih di kawal syariat islam walaupun sang syaitan durjana sentiasa membuat tawaran-tawaran mewah buat kaum adam dan hawa sekelian....di lembaran ini jugalah aku lakarkan tetarikkan aku pada dia, akhlaknya membuatkan aku teruja mendekatinya, ketegasannya ketika ia berbicara dangan bukan mahramnya walaupun pada dasarnya dia menpunyai sifat kelembutan seorang wanita, ketaatannya pada Maha Penciptanya Sekelian Alam, kepandaianya dalam menuntut ilmu dalam bidang yang digemarinya hingga menjejaki kakinya di pusat pengajian tinggi, ketabahannya meneruskan kehidupan tampa ibu tercinta, tergelinciran dari merasai keenormalan hidup berkeluarga, hidupnya sentiasa di himpit belanjawan yang kecil, ini lah pujian pertama aku lemparkan padanya melalui hati kecil ku. Pada tangal 1 rejab 1432 Hijrah bersamaan hari jumaat pada waktu 9.00 malam terjadi di terataknnya, termenterailah dua ikatan antara adam dan hawa mewujudkan perjanjian dangan Allah S.W.T, lepaslah satu kaum hawa dari cemkaman penjaganya dan terpikulah beribu tangungjawab ku melaksanakan amanah Allah ke atas dirinya, disaat itu itu hanya titisan air mata menandakan kesyukuran pada nikmat yang dikurniakan Allah Azza Wa Jala Yang Maha Agong. Terasa dunia bagaikan di terangi neon yang indah bergelipan bintang mensedekahkan sinarnya pada bumi , bulan menerangi segenap ruang di bumi dangan kekuatan cahayannya, hidup ku tika itu bagaikan di simbah warna-warrna pelangi.sunguh meindahkan sesiapa yang melaluinya. Saat itu ku pandang sebujur wajah di hadapan aku, terasa nikmat halal yang di anugerahkan Ilahi, lahirlah kata-kata dari hati kecil ku “kaulah kekasih ku, kaulah isteri ku, kaulah ibu kepada anak-anak ku,kaulah jodoh ku”. Serinya wajah mu ketika itu ibarat sebutir berlian di terik mentari, kerdipan mata mu mengalirkan titisan mutiara asli, Allah huakbar bisikkan hati ku, ini lah Kehebatan Mu Ya Allah, Ciptaan Mu, KeAgungan Mu Ya Allah. Sayang, andai kata ini terakhir dari suami mu, ingatlah pesan ku, jagalah aurat mu dari yang bukan mahram mu, jagalah akhlak mu sebagai hamba Allah, Taatilah Allah S.W.T, selawatlah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T, berbaktilah kepada orang tua mu, berpeganglah kepada Islam dan Iman, Insya-Allah DiRahmati Allah S.W.T. Daku akhiri puitis ku ini dangan ungkapan terindah buat mu wahai isteri ku “Terima kasih sudi membantu ku menyempurnakan sebahagian iman dalam diri ku, terima kasih kau memanjangkan keturunan ku, terima kasih kau berbakti kepada ku dan keluarga ku, terima kasih jua kau mentaati ku suami mu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi menemukan jodoh ku dangan mu wahai isteri ku.cinta ku pada mu tidak melebihi cinta ku pada Allah S.W.T dan kasih ku pada mu tidak melebihi kasih ku pada Nabi ku Muhammad S.W.T”.

1 ulasan:

  1. Didoakan semuga kehidupan zureen dan nurul sentiada dalam rahmat hidayah Allah...Allah sentiasa melindungi dan mempermudahkan segala urusan..bahagia dunia akhirat...sukses dalam kerjaya...berbakti pada ibubapa...agama...bangsa dan negara..Amin Ya Allah..

    BalasPadam