' Qalamun: "Alam"

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Selasa, 11 Oktober 2011

"Alam"

Pabila manusia bercakap tentang alam sudah tentulah hujahnya selebar angkasa kerna alam adalah kehidupan jika di fokuskan kembali hujah manusia tentang alam, apakah kita hanya menilaikan alam secara zahir, hanya bersifat kekal seperti ini? Sudah tentulah mejoritinya hanya menilai dari segi kejangkauan serta logik akal. Apa yang di hujahnya sudah tentu mengunakan matanya yang seakan setajam mata jarum, disinilah kita di tengelamkan keindahan alam sehingga perhujahan serta pidato kita hanya bersifat “alpa” serta “Lagha”. Tetapi bagaimana pula jika penghujahan ia mengunakan hati, sebarang bentuk yang di imbas di kaca matanya ditemani tasbih kepada Ilahi, setiap penhayatannya di isi dangan sifat sepiritual?. Mungkin hamba Allah ini akan mengerti kewujudan alam dan sebab musebabnya kenapa di wujudkan lautan yang luasnya tampa diameter ataupun hektar? Kenapakah wujudnya bukit bukau, gunung ganang yang tampa mengetauhi berkaki –kaki tingginya? Kenapakah wujudnya belantara-belantara yang tampa di ketauhi lebarnya?kenapakah wujud gurun-gurun tampa mengetauhi tahap kepanasanya?megapakah wujudnya mata air tampa mengetahui sumbernya?.Untuk apakah semua ini?, adakah untuk dijadikan hak milik kekal kita ataupun kebangaan bagi sesetengah kelompok atau pun kemewahan sesebuah Negara?. Adakah kebuktian di atas kewujudan tersebut masih lagi menjadi bebanan kepada kita untuk menyakini keagungan Allah s.w.t, sedangkan kita mempergunakan segala nikmatNYA tampa berperasaan “Haya”.... Firman Allah s.w.t “ Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta Lemah-lembut (urusan tadbirNya), Lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya). Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintah Nya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.” (surah AL-HAJJ:ayat 63-66) Inilah dikatakan hidup berpanduan, jika hidup tampa peganggan yang hakiki maka persoalan di atas hanya dapat di huraikan dalam sifat jahil dan akhirnya kita menjadi manusia yang rugi. Dunia baginya kekal, mati baginya sekadar mimpi, agama baginya title, islam baginya nama maka kehancuran memdampinginya kebinasaan mendekatinya dan akhir penhidupanya ditemani rakan-rakannya yang tidak mengerti akan kematian. Jika perkara ini terus melular dalam keturunannya mungkinkah tergedi ini akan berulang kembali?. Jangan di sukat ilmu hanya sekadar melihat jangan kita mempelajari tampa ada gurunya.....jadikan medium alam sebagai satu aset kepada kita memperolehi keuntungan pahala yang banyak agar kehidupaan kita di Rahmati Allah s.w.t, gunalah nikmat yang di berikanNYA ke destinasi yang kekal sifatnya.aku mengigati diri ku sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan