' Qalamun

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Sabtu, 4 Februari 2012

"apa sebab ni!"

Aku bukanlah ulamak untuk menyampaikan ceramah hebat, aku bukanlah yang berkuasa untuk bubarkan dasar dan aku bukanlah para ilmuan tp aku cukup terkilan fakta kewujudan manusia tidak menyusun susanan kenabian dan para rasul, di mana kewujudan zaman para khalifah? sampai bila kita nak menyembunyikan fakta yang bersifat sohih ini? sekarang kita bukan lg di sekolah tetapi generasi kita akan lalui zaman itu, di mana pemahaman mereka tentang islam? sampaikan mereka lebih memahami dunia daripada akhirat!!!! pelbagai usaha di jalankan pihak kerajaan dan NGO tetapi di mana hasilnya? lambakkan maksiat hampir di penuhi setiap negeri kecurian serata tempat gempa bumi serata alam apakah ini tidak cukup membuktikan kegagalan kita? di mana hasil usaha yang di jalankan selama ini? kita nampakkan di mana perginya pencapain ini jika asas para muda mudi tidak di pasakkan dangan teras fardhu ain,akidah,sirah,tassawuf,fikah dan sebagainya berteraskan nilai moral islam. anak muda akil baligh lebih pandai cuci baju dari mandi hadas yang merupakan asas beribadat yang sempurna iaiti "toharoh", anak muda lebih pandai bernyayi dari mengaji, anak muda lebih pandai menari dari bersolat, anak muda lebih pandai hafal artis dari hafall rosul anak muda lebih pandai mati di jalanan dari menjadi shuhada, anak muda lebih tahu hormat pesta dari hormat majlis ilmu, anak muda lebih tahu berjudi dari bersedekah, banyak lagi kita dapat lihat kemungkaran yang perlaku tapi pesoalannya sampai bila? bukan semuanya kepada anak muda yang salah tetapi penekanan kita kepada asas khalifah menjadi ukuran kegagalan, fitrah sebagai hamba Allah di salah gunakan sehingga kita di dombakan pelbagai pihak. kenapa kita tidak keluarkan kehebatan islam itu? ini bukanlah medan untuk kita memecahkan ummah dan perkongsian ini bukanlah untuk bermotifkan politik atau mana-mana pertubuhan tapi ini lah realiti yang sama-sama kita harus pikul dan inilah masalah untuk kita selesaikan. kita boleh bincangkan isu pasir, minyak dan sebagainya hal dunia ini tidakkah kita boleh berbincang hal akhirat walaupun sebentar..Waallah wu'alam.

"tradisi yang merugikan kita"

‎"1 tradisi iaitu hanya menitik beratkan sesuatu perkara hanya pada tarikh tersebut sahaja apabila berlalu tarikh tersebut maka selesailah sesuatu upacara tersebut" sedar tidak sedar kita hanya di sogokkan tentang 'maulud nabi" hanya pada tarikh keputeraan baginda, awal sebulan sebelum tarikh tersebut hampir semua siaran tv mentazkirahkan kita tentang Kenabian Rasulallah sedangkan peringatan untuk mengundi sentiasa di utarakan, di sini kita dapat melihat terang-terangan betapa jauhnya kita dangan keseimbangan hidup sedangkan peristiwa-peristiwa Kenabian seharusnya kita mempertontonkannya sepanjang tahun agar penerapan nilai keislaman di tebalkan dengan ilmu sebab itulah sekarang ramai yang lebih kenal jamal abdilah daripada Rasullah s.a.w ini semuanya kerana kita kurang melakukan sesuatu perkara itu berteraskan ISLAM...renung-renungkanlah di mana generasi akan datang jika tauladan ini berpanjangan???please think of our descendants

ye keeeer???

selain kita pikirkan bagaimana untuk memajukan negara adakah kita terpikir di mana islam kita? selain kita pikirkan tentang pelajar-pelajar yang berjaya adakah kita terpikir di mana pelajar yang gagal? selain kita pikirkan orang yang banyak menyumbang kepada negara adakah kita terfikir di manakah orang yang jahil tentang sumbangan? selain kita pikirkan para siswa dan siswi adakah kita terpikir tentang para penagih dan penzina? selain kita pikirkan pelajaran yang mantap untuk anak bangsa kita di medan pembelajaran adakah kita terpikir anak bangsa kita yang mengisi segenap penjuru penjara? selain kita pikirkan keuntungan negara adakah kita terfikir cara memulihkan ribuan pesalah yang daif ilmu?selain kita pikirkan tentang hidup adakah kita terfikir tentang aqidah?

Jumaat, 3 Februari 2012

NILAI DIRI kita!!!

kita tengok tv 3jam TAPI baca al-qurran?
kita cakap banyak TAPI berzikir?
kita merungut banyak TAPI istiqomah?
kita gelak besar TAPI azan?
kita memaki orang selalu TAPI diri sendiri?
kita kesalahan orang nampak TAPI diri sendiri?
kita cakap pandai TAPI ilmu Allah?
kita menyayi pandai TAPI baca al-qurran?
hati orang kita memahami TAPI hati kita?
kesoronokkan kita ingat TAPI kesedihan?
syurga kita ingat TAPI neraka?
iman orang kita nampak TAPI iman kita?
hak kita,kita jaga HAK Allah?
sebenarnya banyak lagi nak di tanya nak di taipkan tp memadailah sedikit ini yang lain olah lah sendi mengunakan akal yang di kurniakan kerna kekadang kita ni hanya mengunakan suku sahaja dari kebolehan akal kita masih banyak lagi sebenarnya akal kita ni boleh lakukan...tak percaya try la dulu "power" ke dok....
"Banyakanlah bertanyakan pada diri kita persoalan yang tidak pernah kita tanya walaupun kita mengetauhi apakah yang perlu kita tanyakan pada diri kita"......sekadar perkongsian bersama kita mohon rahmat dari Allah Taa Anla..

Khamis, 24 November 2011

"hebatkah anda sehangat mentari???"

‎"jangan di marah sinaran mentari menhangatkan kulit mu jangan di puji bulan indahkan malam mu"

jadilah seperti matahari walaupun di benci bumi dgn kepanasanya namun tak pula dia jemu memancarkan cahayanya kepada bumi dan jgn kita tertipu dek bulan yg cantik kerna i kosong dn tandus tampa sebarang cahaya kalau bkn kerna sang mentari dgn sinaranya.

beginilah lumrah penhidupan manusia, jangan di sangka yg pandai itu tampa kebodohannya dan jgn di sangkal yang bodoh itu tampa ada pandainya, jangan di sangka yg tingi terus terusan meninggi dan jgn di sangka yg bawah itu terus di bawah, adakalanya ia terjatuh meratap bumi dan adakalanya yg bawah itu tinggi mengunung.

"sehalus semut jangan di sangka tidak larikan seguni gula, jangan di sangka sepandai-pandai sang kancil akan terlepas dari pemburunya"

"banyak kah????"

‎1 hari =17kali
1 minggu(7hari) =119kali
1 bulan(30 hari) =510kali
1 tahun(360hari)=6,120kali

"darab pula dgn umur kita sekarang bermula dari tarikh akil baligh!!!!!!berapa banyak jumlah sujud yg wajib dah kita laksanakan sepanjang tempoh hayat hidup kita....?" ini belum lg di tolak 2 rakaat bg setiap laki2 pd setiap hari jumaat dan angka ini belum lg tolak kepada kaum hawa kerna kedatangan haid setiap bulan..rupanya hutang kita dgn Allah sunguh banyak.....marilah kita sama-sama mohon ampun dan segera bertaubat di atas kelekaan kita mengabaikan perintah Allah yg wajid di laksanakan oleh seorang hamba..bila kita bebicara tentang penzina,perompak,peragut dan segala macam kesalahan jenayah mahupun keganasan kalau boleh nak saja si pelaku itu di tembak di bunuh di buang negeri macam-macam kehendak yg kita nk suruh buat, pendek kata segala apa yg di lakukan oleh sang pelaku jenayah itu harus di balas keras sekerasnya TETAPI KITA TERLUPA ATAUPUN TERLEPAS PANDANG DOSA DAN JENAYAH YANG PALING BESAR DI SEANTERO ALAM IAITU MENINGALKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM TAMPA SEBARANG KEUZURAN MUNASABAH. kita takut pada "bos" di tempat kerja kita mengutamakan kehendaknya sehingga kita terlupa mengutamakan HAK yang sepatutnya kita beri iaitu HAK KETAATAN PADA YANG MAHA ESA, kita sering berdoa memohon sesuatu kebaikan di beri kepada kita sedangkan kita tidak pernah melakukan sebarang kebaikan di atas agama kita sendiri. kita mengiakan dan berbangga-bangga segala undang-undang barat sehingga kita terlupa kepada undang-undang Allah S.W.T yang telah di peturunkan kepada kita melalui mujizat agong AL QURRAN melalui kekasihNYA NABI MUHAMAD S.W.T...

PIKIR-PIKIRKANLAH TEMAN-TEMAN KU SEKELIAN AKU JUGA MELAKUKAN KEMUNGKARAN SEHINGGA AKU DIHANTUI DOSA2 AKU YG LALU, SEBAGAI SEORANG HAMBA YG SERING MELAKUKAN KEMUNGKARAN HANYA TAUBAT KU LAKUKAN UNTUK MERAIH KEMBALI KETENAGAN YG PERNAH DIBERIKAN KEPADA KU SEWAKTU MASA DAHULU.

Sabtu, 19 November 2011

HINAKAH MEREKA D MATA ANDA?

seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda.
Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.
Janda dan anak yatim adalah sangat dimuliakan dalam islam, Khalifah Umar rela mengangkut “tepung” demi untuk member makan sang janda, malah Saidina Ali di gelar “Bapa kepada janda dan anak yatim” kerana keperihatinan beliau kepada golongan ini. Janda dan anak yatim sangat dilindungi dalam islam, Menghina janda dan anak yatim sama saja menghina Rasulullah, kerana orang yang memelihara janda dan anak yatim, di syurga akan berdampingan dangan Rasulullah, bagaikan jari telunjuk dan jari tengah, yang tidak ada batasan. Rasulullah adalah seorang anak yatim dan ibunda Baginda seorang janda//balu.
Mohon agar tidak menghina kaum janda, menjadi seorang janda bukan berarti menderita. Menjadi seorang janda selain kerana nasib ditingalkan oleh sang suami yang meninggal dunia, atau juga akibat perceraian. Jadi tolong dan hargailah kaum janda dan anak yatim.
Tiada seorang isteri mengazamkan perceraian ketika mekarnya cinta antara mereka, tidak di doakan isteri kematian bagi suminya tetapi di takdirkan Maha Pencipta akan jalan hidupnya sepi tampa suami, Allah Maha Mengetauhi perkara terbaik akan hambaNYA, tidak di minta pula seorang bayi di lahirkan tampa ibu dan bapa, tidak di pohon bayi itu akan gelaran “yatim piatu” mana bisa seorang anak menafikan kerinduan belaian ibu dan bapa tapi itulah dugaan si anak itu. Allah Maha Mengetauhi kebaikan bagii mahkluk ciptaanNYA.
Jangan di hina, jangan di herdik jangan di caci golongan ini kerna anda belum tahu apa akan berlaku pada diri anda walaupun barang sesaat.