' Qalamun: Oktober 2011

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Khamis, 27 Oktober 2011

"kucar-kacir dek kerenah manusia"

perang sana perang sini rebut sana rebut sini, entah apa yang di cari entah apa yang di gali yang pasti muslihat belaka dari manusia demi mencapai segegam kuasa dek angau nak memerintah sebulat dunia,tangannya hanya dua akalnya hanya satu hatinya banyak, ini la manusia yang tamak, kepuasannya bila kuasa dimegah, serata alam tunduk padanya, yang terus di herdik akan terusan di caci yang masih belum merasainya akan di kecapi bahananya dari si durjana ini, hanya bisa diangkat sekutu-sekutunya yang terusan menjadi askar-askarnya yang bodoh sudah pasti pengaturan rencana yang di ibaratkan ratah daging sendiri bermaharaja lela di hati sang durjana ini sedikit tempiasnya di rintih sekutunya

bertalu--talu terpekekkan kedegaran segenap ruang akan suara selapisan manusia tapi itulah tiupan seruling yang di gemari sang durjana itu, demtuman yang bisa mengoyak gegedang telinga tapi itulah laungan paling di gemari sang durjana itu baginya matanya engak bisa melihat bumi ini sepi tampa derita, baginya darah itu kemegahanya, serata alam hendak di jajahnya berbekalkan kekejianya itu meneruskan kezalimanya

sunguh kejam akan manusia ini, jahilnya tentang pengabadian hampa kepada Allah, dalam gelap atau terang bukan menjadi ukuran baginya yang di seru kuasannya semata-mata, sekutunya terus menerus menagih akan hampas-hampas sisa-sisa kekuasaan itu wal hal mereka adalah sebahagian kepada golongan yang akan bakal di tindas dek kerna kuasa yang di sepakati

inilah pementasan manusia di abad penzaliman menjadi kemuliaan, pendusta menjadi terpuji, kekayaan menjadi rebutan, kekejian menjadi pemerintah, kesombongan menjadi sikap...

kutiplah cebisan-cebisan waktu dan masa yang di ambang penakhiran zaman ini agar kita penuhinya dangan amal, agar amal itu dapat kita meraih simpati dan mohon pengharapan agar Syurga idaman kita selama ini dapat menempatkan kekal kita di sana. Allah Huakbar.

"Allah Maha Besar Yang Berkuasa Sekelian Alam Di langit Dan Di Bumi Di Daratan Dan Luatan"

Selasa, 11 Oktober 2011

"Alam"

Pabila manusia bercakap tentang alam sudah tentulah hujahnya selebar angkasa kerna alam adalah kehidupan jika di fokuskan kembali hujah manusia tentang alam, apakah kita hanya menilaikan alam secara zahir, hanya bersifat kekal seperti ini? Sudah tentulah mejoritinya hanya menilai dari segi kejangkauan serta logik akal. Apa yang di hujahnya sudah tentu mengunakan matanya yang seakan setajam mata jarum, disinilah kita di tengelamkan keindahan alam sehingga perhujahan serta pidato kita hanya bersifat “alpa” serta “Lagha”. Tetapi bagaimana pula jika penghujahan ia mengunakan hati, sebarang bentuk yang di imbas di kaca matanya ditemani tasbih kepada Ilahi, setiap penhayatannya di isi dangan sifat sepiritual?. Mungkin hamba Allah ini akan mengerti kewujudan alam dan sebab musebabnya kenapa di wujudkan lautan yang luasnya tampa diameter ataupun hektar? Kenapakah wujudnya bukit bukau, gunung ganang yang tampa mengetauhi berkaki –kaki tingginya? Kenapakah wujudnya belantara-belantara yang tampa di ketauhi lebarnya?kenapakah wujud gurun-gurun tampa mengetauhi tahap kepanasanya?megapakah wujudnya mata air tampa mengetahui sumbernya?.Untuk apakah semua ini?, adakah untuk dijadikan hak milik kekal kita ataupun kebangaan bagi sesetengah kelompok atau pun kemewahan sesebuah Negara?. Adakah kebuktian di atas kewujudan tersebut masih lagi menjadi bebanan kepada kita untuk menyakini keagungan Allah s.w.t, sedangkan kita mempergunakan segala nikmatNYA tampa berperasaan “Haya”.... Firman Allah s.w.t “ Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta Lemah-lembut (urusan tadbirNya), Lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya). Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintah Nya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia. Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.” (surah AL-HAJJ:ayat 63-66) Inilah dikatakan hidup berpanduan, jika hidup tampa peganggan yang hakiki maka persoalan di atas hanya dapat di huraikan dalam sifat jahil dan akhirnya kita menjadi manusia yang rugi. Dunia baginya kekal, mati baginya sekadar mimpi, agama baginya title, islam baginya nama maka kehancuran memdampinginya kebinasaan mendekatinya dan akhir penhidupanya ditemani rakan-rakannya yang tidak mengerti akan kematian. Jika perkara ini terus melular dalam keturunannya mungkinkah tergedi ini akan berulang kembali?. Jangan di sukat ilmu hanya sekadar melihat jangan kita mempelajari tampa ada gurunya.....jadikan medium alam sebagai satu aset kepada kita memperolehi keuntungan pahala yang banyak agar kehidupaan kita di Rahmati Allah s.w.t, gunalah nikmat yang di berikanNYA ke destinasi yang kekal sifatnya.aku mengigati diri ku sendiri...

Rabu, 5 Oktober 2011

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

"PUITIS ISTERI KU”

Kedengaran bergema alunan nada “violin” dari corong pembesar suara komputer riba ku, measyikkan bertambah berterbangan emosi ku, lintasan sepasang burung kilicap berterbangan di tatap kaca mata ku membuatkan diri ku terus dilambung kerinduan yang kegersangan pada si dia...tercuit hati ku di kala mengenangkan gelagat-gelagatnya, merajuknya, marahnya, kenakalannya, semuanya membuatkan aku terhibur , sesekali terukir sejambak senyuman senis dari bibirnya yang halus tak kala segala protes yang dilakukanya tidak menarik minat ku untuk menunjukkan sebarang reaksi, hmmm segaja ak menunjukkannya begitu untuk menambahkan lagi geramnya pada ku, ternyatalah di situ timbul kemesraan aku dan dia, mungkin ini yang di maksudkan “semanis kurma”.. Mengimbau kembali kenangan aku dan dia satu ketika dahulu, menguatkan lagi kasih ku padanya, ku menyelak kembali helaian-helaian lama memori aku bersama dia, ku tatapi semula lakaran percintaan aku dan dia, rupanya hampir lima tahun usia perkenalan kami, Alhamdulilah dalam tempoh perkenalan itu batasan pergaulan kami masih di kawal syariat islam walaupun sang syaitan durjana sentiasa membuat tawaran-tawaran mewah buat kaum adam dan hawa sekelian....di lembaran ini jugalah aku lakarkan tetarikkan aku pada dia, akhlaknya membuatkan aku teruja mendekatinya, ketegasannya ketika ia berbicara dangan bukan mahramnya walaupun pada dasarnya dia menpunyai sifat kelembutan seorang wanita, ketaatannya pada Maha Penciptanya Sekelian Alam, kepandaianya dalam menuntut ilmu dalam bidang yang digemarinya hingga menjejaki kakinya di pusat pengajian tinggi, ketabahannya meneruskan kehidupan tampa ibu tercinta, tergelinciran dari merasai keenormalan hidup berkeluarga, hidupnya sentiasa di himpit belanjawan yang kecil, ini lah pujian pertama aku lemparkan padanya melalui hati kecil ku. Pada tangal 1 rejab 1432 Hijrah bersamaan hari jumaat pada waktu 9.00 malam terjadi di terataknnya, termenterailah dua ikatan antara adam dan hawa mewujudkan perjanjian dangan Allah S.W.T, lepaslah satu kaum hawa dari cemkaman penjaganya dan terpikulah beribu tangungjawab ku melaksanakan amanah Allah ke atas dirinya, disaat itu itu hanya titisan air mata menandakan kesyukuran pada nikmat yang dikurniakan Allah Azza Wa Jala Yang Maha Agong. Terasa dunia bagaikan di terangi neon yang indah bergelipan bintang mensedekahkan sinarnya pada bumi , bulan menerangi segenap ruang di bumi dangan kekuatan cahayannya, hidup ku tika itu bagaikan di simbah warna-warrna pelangi.sunguh meindahkan sesiapa yang melaluinya. Saat itu ku pandang sebujur wajah di hadapan aku, terasa nikmat halal yang di anugerahkan Ilahi, lahirlah kata-kata dari hati kecil ku “kaulah kekasih ku, kaulah isteri ku, kaulah ibu kepada anak-anak ku,kaulah jodoh ku”. Serinya wajah mu ketika itu ibarat sebutir berlian di terik mentari, kerdipan mata mu mengalirkan titisan mutiara asli, Allah huakbar bisikkan hati ku, ini lah Kehebatan Mu Ya Allah, Ciptaan Mu, KeAgungan Mu Ya Allah. Sayang, andai kata ini terakhir dari suami mu, ingatlah pesan ku, jagalah aurat mu dari yang bukan mahram mu, jagalah akhlak mu sebagai hamba Allah, Taatilah Allah S.W.T, selawatlah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T, berbaktilah kepada orang tua mu, berpeganglah kepada Islam dan Iman, Insya-Allah DiRahmati Allah S.W.T. Daku akhiri puitis ku ini dangan ungkapan terindah buat mu wahai isteri ku “Terima kasih sudi membantu ku menyempurnakan sebahagian iman dalam diri ku, terima kasih kau memanjangkan keturunan ku, terima kasih kau berbakti kepada ku dan keluarga ku, terima kasih jua kau mentaati ku suami mu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi menemukan jodoh ku dangan mu wahai isteri ku.cinta ku pada mu tidak melebihi cinta ku pada Allah S.W.T dan kasih ku pada mu tidak melebihi kasih ku pada Nabi ku Muhammad S.W.T”.

Isnin, 3 Oktober 2011

'JERITAN BATIN KU'

Jeritlah dalam hati ingkari segala dosa yang menghampiri, harungi setiap hari-hari dangan taqwa, bekalkan keimanan untuk makanan kepada hati jangan biarkan hati kelaparan dan kekosongan tampa pengisian yang wajar dan halal.semua manusia perlukan makanan untuk hidup tidakkah kita terpikir hati kita yang kian kelaparan akan keimanan dan ketaqwaan, ingatlah hati menjadi rebutan antara maklaikat dan syaitan durjana.jika hati kita kelaparan bermaksud kita memberi ruang kepada syaitan dan sekutunya menghidangkan juadah yang sudah tentu jaudah yang di hidangkan tidak mempunyai sebarang zat yang berkhaisat melainkan kemaksiatan belaka. isi lah hati kita dangan juadah hidangan yang enak dan bersih iaitu iman,taqwa dan keiklasan patuhi segala syariat yang telah dipeturunkan kepada kita melalui Al-Qurran agar hati kita tidak di selaputi dangan kesan-kesan kehitaman,  kita bagaikan boneka, dunia menjadi pentas lakonan, para malaikat menjadi juri, syaitan-syaitan menjadi penkritik yang terus menkritik segala kebaikkan kita, keimanan menjadi guru kepada kita dan akhirnya kita di adili oleh maha Esa Allah aza wa jaala lalu kita di anugerahkan syurga ataupun neraka di atas pementasan yang kita lakonkan. aku mengigati diri ku sendiri dan sahabat ku yang lain agar segala perilaku kita di Rahmati Allah S.W.T.aamin.