' Qalamun: HINAKAH MEREKA D MATA ANDA?

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Sabtu, 19 November 2011

HINAKAH MEREKA D MATA ANDA?

seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda.
Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.
Janda dan anak yatim adalah sangat dimuliakan dalam islam, Khalifah Umar rela mengangkut “tepung” demi untuk member makan sang janda, malah Saidina Ali di gelar “Bapa kepada janda dan anak yatim” kerana keperihatinan beliau kepada golongan ini. Janda dan anak yatim sangat dilindungi dalam islam, Menghina janda dan anak yatim sama saja menghina Rasulullah, kerana orang yang memelihara janda dan anak yatim, di syurga akan berdampingan dangan Rasulullah, bagaikan jari telunjuk dan jari tengah, yang tidak ada batasan. Rasulullah adalah seorang anak yatim dan ibunda Baginda seorang janda//balu.
Mohon agar tidak menghina kaum janda, menjadi seorang janda bukan berarti menderita. Menjadi seorang janda selain kerana nasib ditingalkan oleh sang suami yang meninggal dunia, atau juga akibat perceraian. Jadi tolong dan hargailah kaum janda dan anak yatim.
Tiada seorang isteri mengazamkan perceraian ketika mekarnya cinta antara mereka, tidak di doakan isteri kematian bagi suminya tetapi di takdirkan Maha Pencipta akan jalan hidupnya sepi tampa suami, Allah Maha Mengetauhi perkara terbaik akan hambaNYA, tidak di minta pula seorang bayi di lahirkan tampa ibu dan bapa, tidak di pohon bayi itu akan gelaran “yatim piatu” mana bisa seorang anak menafikan kerinduan belaian ibu dan bapa tapi itulah dugaan si anak itu. Allah Maha Mengetauhi kebaikan bagii mahkluk ciptaanNYA.
Jangan di hina, jangan di herdik jangan di caci golongan ini kerna anda belum tahu apa akan berlaku pada diri anda walaupun barang sesaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan