' Qalamun: "apa sebab ni!"

tuan punya blog ni leee

tuan punya blog ni leee
qalam diciptakan untuk menulis.selagi mana digunakan untuk menulis,insya-Allah ia akan berada dalam keadaan yang baik kerna ia di ciptakan dan di tugaskan penulisan,beginilah juga setiap makhluk yang di ciptakanNYA,sudah tentulah mempunyai tugasnya yang tersendiri mengikut panduan yang di beri iaitu القرآن الكريم..rosaknya qalam itu jika ia tidak d gunakan mengikut fittrahnya begitu juga manusia kerna rosaknya manusia jika tidak melakukan dirinya sepertimana tujuan asalnya fitrah sebagai maanusia..pikirkanlah sahabat.

Sabtu, 4 Februari 2012

"apa sebab ni!"

Aku bukanlah ulamak untuk menyampaikan ceramah hebat, aku bukanlah yang berkuasa untuk bubarkan dasar dan aku bukanlah para ilmuan tp aku cukup terkilan fakta kewujudan manusia tidak menyusun susanan kenabian dan para rasul, di mana kewujudan zaman para khalifah? sampai bila kita nak menyembunyikan fakta yang bersifat sohih ini? sekarang kita bukan lg di sekolah tetapi generasi kita akan lalui zaman itu, di mana pemahaman mereka tentang islam? sampaikan mereka lebih memahami dunia daripada akhirat!!!! pelbagai usaha di jalankan pihak kerajaan dan NGO tetapi di mana hasilnya? lambakkan maksiat hampir di penuhi setiap negeri kecurian serata tempat gempa bumi serata alam apakah ini tidak cukup membuktikan kegagalan kita? di mana hasil usaha yang di jalankan selama ini? kita nampakkan di mana perginya pencapain ini jika asas para muda mudi tidak di pasakkan dangan teras fardhu ain,akidah,sirah,tassawuf,fikah dan sebagainya berteraskan nilai moral islam. anak muda akil baligh lebih pandai cuci baju dari mandi hadas yang merupakan asas beribadat yang sempurna iaiti "toharoh", anak muda lebih pandai bernyayi dari mengaji, anak muda lebih pandai menari dari bersolat, anak muda lebih pandai hafal artis dari hafall rosul anak muda lebih pandai mati di jalanan dari menjadi shuhada, anak muda lebih tahu hormat pesta dari hormat majlis ilmu, anak muda lebih tahu berjudi dari bersedekah, banyak lagi kita dapat lihat kemungkaran yang perlaku tapi pesoalannya sampai bila? bukan semuanya kepada anak muda yang salah tetapi penekanan kita kepada asas khalifah menjadi ukuran kegagalan, fitrah sebagai hamba Allah di salah gunakan sehingga kita di dombakan pelbagai pihak. kenapa kita tidak keluarkan kehebatan islam itu? ini bukanlah medan untuk kita memecahkan ummah dan perkongsian ini bukanlah untuk bermotifkan politik atau mana-mana pertubuhan tapi ini lah realiti yang sama-sama kita harus pikul dan inilah masalah untuk kita selesaikan. kita boleh bincangkan isu pasir, minyak dan sebagainya hal dunia ini tidakkah kita boleh berbincang hal akhirat walaupun sebentar..Waallah wu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan